My Add

Tuesday 8 January 2013

Papa diminta jelas justifikasi kos amah

KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Januari, 2013: Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) digesa menjelaskan justifikasi dan perincian kos pengambilan pembantu rumah ekoran bayaran yang ditetapkan tidak munasabah dan terlalu membebankan majikan.

Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, jumlah itu jauh lebih tinggi daripada kemampuan sebilangan besar majikan yang berpendapatan sederhana.

"Sepatutnya Papa duduk semeja berbincang dengan persatuan pengguna sebelum menetapkan kos pengambilan tersebut bagi memastikan kadar yang ditetapkan relevan dengan kemampuan majikan.

"Jangan keterlaluan dalam mengaut keuntungan, penentuan kos itu perlu mengambil kira pandangan majoriti pengguna kerana mereka yang akan menggunakan perkhidmatan pembantu rumah berkenaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment