My Add

Saturday 12 January 2013

Pas perlu bertanggungjawab isu kafirkan orang Islam

PUTRAJAYA, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan Pas perlu bertanggungjawab memperbetulkan kekeliruan orang ramai berhubung isu mengkafirkan orang Islam seperti yang terkandung dalam Amanat Haji Hadi.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa yang bermesyuarat 8 Januari lalu berpendirian bahawa amanat tersebut dikeluarkan oleh Pas dan menjadi tanggungjawab parti itu menyelesaikan sebarang kemelut yang timbul.

Tegas beliau, pihaknya tidak akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Pas atau mana-mana pihak mengenai isu kafir mengkafir kerana persoalan hukum atau fatwa berkaitan isu itu jelas dan telah selesai.

"Muzakarah memutuskan bahawa perbincangan lanjut atau fatwa baru tidak perlu kerana fatwa sedia ada yang dikeluarkan pada 21 November 1984 termasuk Fatwa Perpecahan Umat Islam yang dikeluarkan pada 15 Februari 2001 telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment