My Add

Wednesday 9 January 2013

Patuhi Akta Perhimpunan Aman - KPN

KUALA LUMPUR, SELASA, 08 Januari, 2013: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat yang didokong pihak pembangkang pada Sabtu ini di Stadium Merdeka supaya mematuhi peraturan Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

Perkara tersebut adalah antara yang ditekankan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika mengadakan pertemuan dengan penganjur perhimpunan itu selama sejam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Pertemuan pada pukul 2.30 petang itu diwakili pengerusi perhimpunan tersebut iaitu Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, N. Surendran; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali; Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Siti Zailah Mohd. Yusoff dan Aktivis Hak Asasi Manusia, Maria Chin Abdullah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment