My Add

Friday 18 January 2013

PDRM nafi manipulasi data kadar jenayah berlaku penurunan kes

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 17 Januari, 2013: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan kenyataan Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) yang mendakwa PDRM memanipulasi data kadar jenayah di negara ini bagi menunjukkan kononnya berlaku penurunan kes.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, sistem kiraan indeks jenayah yang digunakan oleh PDRM adalah mengikut standard yang diamalkan kebanyakan pasukan keselamatan di seluruh dunia.

Beliau berkata, PDRM menggunakan pendekatan sama iaitu mengambil tujuh jenis jenayah kekerasan dan enam jenayah harta benda untuk dijadikan pengukur jenayah indeks.

"Laporan jenayah indeks pertama telah diterbitkan oleh FBI (Biro Siasatan Persekutuan) pada tahun 1960 dengan mengambil kira tujuh jenis jenayah yang kerap berlaku antaranya bunuh, rompak dan rogol. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment