My Add

Friday 18 January 2013

Wartakan kalimah Allah dalam perundangan

PULAU PINANG, KHAMIS, 17 Januari, 2013: Pergerakan Pemuda Liga Muslim Pulau Pinang mencadangkan semua Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam negeri dan Jabatan Mufti mewartakan kalimah Allah dalam perundangan sivil negeri dan Persekutuan demi menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini.

Ketuanya, Noor Mohamed Mohamed Abdullah berkata, tindakan mewartakan kalimah Allah dalam perundangan sivil itu perlu supaya isu penggunaan kalimah suci tersebut tidak lagi dipolitikkan pada masa akan datang.

Beliau berkata, selain bimbang isu itu dibangkitkan semula, tindakan tersebut juga bagi memberikan nilai eksklusif penggunaan kalimah Allah iaitu hanya untuk orang Islam tidak kira dalam bentuk cetakan atau pertuturan.

"Kita akan bekerjasama dengan 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat sebagai titik noktah bagi isu ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment