My Add

Tuesday 15 January 2013

Pelabur Skim Bestino minta bantuan kerajaan

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH

PUTRAJAYA, SELASA, 15 Januari, 2013: Para pelabur Skim Bestino yang menjadi mangsa penipuan dalam skim pelaburan emas meminta kerajaan membantu secepat mungkin menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sejak tiga tahun lalu.

Jurucakap Jawatankuasa Bertindak Pelabur-Pelabur Dalam Skim Bestino, K.Gunasegaran berkata, pihaknya berharap dapat bertemu dengan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, pihak Bank Negara, pengarah Bestino dan Jabatan Peguam Negara untuk menyelesaikan isu tersebut.

"Pertemuan ini penting supaya wang pelaburan yang dibekukan sebanyak RM24.2 juta dan wang jaminan sebanyak RM6 juta terhadap empat orang pengarah Bestino dapat dicairkan.

"Kami juga mahu mengetahui status wang pelaburan yang didakwa sedang disimpan dalam sebuah akaun di Kepulauan Virgin berjumlah RM440 juta seperti didakwa pengarah Bestino sebelum ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Ravin Ponniah di Bangunan Perdana Putera di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment