My Add

Sunday 13 January 2013

Pembangkang dendang isu basi

KUALA LUMPUR, SABTU, 12 Januari, 2013: Pakatan pembangkang hanya mendendangkan isu basi dan lapuk pada Himpunan Shamsidar meskipun mencanang kononnya perhimpunan tersebut akan menjadi titik-tolak kepada pembaharuan politik sebagaimana dituntut oleh rakyat.

Sikap tersebut menyerlahkan lagi kegagalan pembangkang kerana pada masa yang sama, sasaran pakatan itu untuk menghimpunkan sejuta rakyat gagal sama sekali berikutan jumlah kehadiran orang ramai hanya sekitar 50,000 orang, jauh daripada matlamat asal.

Lebih mengecewakan, semua tokoh penting pembangkang langsung tidak menyentuh atau memberi penjelasan berhubung pelbagai kontroversi yang melingkari pakatan itu seperti isu bantahan kalimah Allah diguna bukan Islam dan desakan orang ramai agar 'Amanat Haji Hadi' ditarik balik.

Sebaliknya, mereka lebih galak melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan seperti rasuah, salah guna kuasa dan zalim dan tidak pula menyebut mengenai isu pemberian tanah seluas 4,000 hektar di Gua Musang oleh Kerajaan Pas Kelantan kepada pemimpin DAP Perak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment