My Add

Thursday 10 January 2013

Perisian cetak rompak: Mahkamah tolak rayuan Vital IT Marketing

PUTRAJAYA, RABU, 09 Januari, 2013: Syarikat Vital IT Marketing Services Sdn. Bhd. gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan tuntutan saman Microsoft Corporation terhadapnya kerana menjual perisian komputer cetak rompak.

Keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini diketuai oleh Datuk Zaharah Ibrahim yang bersidang bersama Anantham Kasinather dan Datuk Mah Weng Kwai menolak rayuan syarikat itu.

Mahkamah turut mengarahkan syarikat penjualan komputer dan perisian komputer itu membayar kos RM30,000.

Kuorum berkenaan sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 April tahun lalu selepas berpuas hati bahawa tiada sebab untuk mereka mengubah keputusan tersebut.

Microsoft ialah syarikat antarabangsa terkemuka yang mereka bentuk, menghasilkan dan memasarkan produk-produk komputer secara meluas dan merupakan pemilik hak cipta karya-karyanya di negara ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment