My Add

Friday 11 January 2013

Persatuan industri kecil kurang senang

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Persatuan Industri Kecil dan Sederhana (SMI) Malaysia membangkitkan rasa kurang senang mereka terhadap rancangan pembangkang untuk menganjurkan Himpunan Shamsidar, Sabtu ini.

Presidennya, Teh Kee Sin berkata, perhimpunan tersebut bukan sahaja akan menyusahkan rakyat kerana berlaku penutupan jalan-jalan utama sekitar ibu negara, malah turut menyebabkan sebahagian besar peniaga terpaksa menutup premis masing-masing atas faktor keselamatan.

Keadaan itu katanya, menggugat sumber pendapatan para peniaga yang akan menanggung pelbagai kos termasuk membayar sewa bulanan.

"Seperti yang kita ketahui, perhimpunan anjuran pakatan pembangkang biasanya akan berakhir dengan tumpahan darah dan kerosakan harta-benda awam.

"Apabila premis ditutup, peniaga-peniaga akan kehilangan sumber pendapatan dianggarkan RM2,000 hingga RM3,000 sehari. Angka tersebut meningkat terutamanya pada hari cuti, lebih-lebih lagi kawasan itu merupakan lokasi tumpuan pelancong dan ini tidak termasuk kos membaik pulih harta-benda yang perlu ditanggung akibat perhimpunan yang diadakan,'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment