My Add

Thursday 17 January 2013

Perunding marin dituduh bunuh bomoh

Oleh UMAVATHI RAMAYAH

*PERUNDING marin, Shahrunizam Salleh didakwa atas tuduhan membunuh seorang bomoh, di Kota Damansara 4 Januari lalu, di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini. - UTUSAN
PETALING JAYA, KHAMIS, 17 Januari, 2013: Seorang perunding marin dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bomoh yang ditembak mati, awal tahun ini.

Shahrunizam Salleh, 43, dari Bandar Kinrara, Puchong di sini dituduh membunuh Asli Hamid, 44, di tepi Jalan Pekaka 8/7A, Seksyen 8, Kota

Damansara, di sini antara pukul 8.30 malam dan 9.30 malam, 4 Januari lalu.

Tertuduh yang berambut panjang sehingga ke paras bahu itu hanya mengangguk kepala ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nazri Omran.

Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 4 Mac ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment