My Add

Monday 28 January 2013

Projek PPR untuk OKU - MB

Oleh RADHUAN HUSSAIN

 
*AHMAD Said (tengah) meninjau kemajuan pembinaan Projek Perumahan Rakyat yang dalam pembinaan di Padang Hiliran, Kuala Terengganu, semalam. - BERNAMA

KUALA TERENGGANU, AHAD, 27 Januari, 2013: Projek Perumahan Rakyat (PPR - Disewa) di Padang Hiliran di sini, yang sedang dalam pembinaan membabitkan kos RM125 juta merupakan projek pertama kerajaan yang menyediakan kediaman untuk golongan orang kurang upaya (OKU).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, projek itu yang menempatkan sebanyak 1,002 unit rumah pada harga RM35,000 seunit dijadual siap Ogos tahun ini dan turut menempatkan 12 unit kediaman OKU.

Beliau menjelaskan, tiada pengecualian diberi kepada penghuni OKU yang mana harga jualan tetap serupa seperti dikenakan ke atas pembeli lain.

Selain itu, katanya, keutamaan turut diberi kepada golongan setinggan di sekitar bandar raya ini khususnya di pinggiran sungai di Pulau Kambing di sini, bagi membolehkan kawasan itu dibuat penyusunan dan pembangunan semula kelak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment