My Add

Monday 28 January 2013

Umat Islam tidak lemah

KUALA LUMPUR, AHAD, 27 Januari, 2013: Pihak-pihak yang melakukan provokasi terhadap agama Islam diingatkan tidak memandang rendah terhadap kekuatan umat Islam dalam membela kesucian agama itu.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, pihak tersebut tidak sepatutnya menganggap umat Islam ketika ini sebagai lemah dan berterusan mempersoalkan kedudukan agama Islam di negara ini.

Jelas beliau, setiap lapisan masyarakat wajar menghormati kedudukan agama Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan agar keharmonian dan keamanan yang dinikmati negara selama ini dapat terus terpelihara.

“Akhir-akhir ini kita melihat begitu banyak provokasi dilakukan terhadap masyarakat Islam tanpa mereka sedar dan bersyukur bahawa sekian lama Malaysia aman dan harmoni. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment