My Add

Friday 18 January 2013

Ramasamy nafi orangnya sertai demo

PULAU PINANG, KHAMIS, 17 Januari, 2013: Timbalan Ketua Menteri II, Dr. P. Ramasamy menafikan kumpulan yang mengadakan demonstrasi di Taman Supreme, Perai dekat sini merupakan penyokong beliau.

Tegasnya, beliau percaya tindakan kumpulan itu bermotifkan politik dan cuba memburuk-burukkan nama baiknya serta DAP.

“Saya difahamkan hampir kesemua mereka itu sebenarnya datang dari Nibong Tebal, malah tidak ada seorang pun daripada mereka merupakan penyokong saya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam lebih 50 orang terdiri daripada masyarakat India dari Taman Supreme, Perai di sini, mengadakan demonstrasi aman membantah keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP Disember lalu yang disifatkan sebagai tidak telus.

Kumpulan terbabit turut membawa sepanduk mempertikaikan kekalahan Ramasamy dalam pemilihan berkenaan.

Menurut Ramasamy, beliau sebelum ini telah menegaskan menerima keputusan pemilihan CEC itu dengan hati terbuka. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment