My Add

Monday 21 January 2013

Rayuan Speaker ditolak, ADUN Kota Siputeh kekal

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, ISNIN, 21 Januari, 2013: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan tiada pengosongan kerusi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh selepas menolak rayuan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail.

Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dalam keputusan majoriti 4-1 mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan kerusi itu dikembalikan kepada wakil rakyatnya, Datuk Abu Hassan Sarif (gambar).

Kuorum berkenaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) pada 16 November 2009 yang mengosongkan kerusi berkenaan ekoran kegagalan Abu Hassan menghadiri dua persidangan Dewan secara berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos 2009.

Yang turut bersidang, Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarop dan Datin Paduka Zaleha Zahari. Datuk Zainun Ali memberikan keputusan menentang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment