My Add

Tuesday 22 January 2013

ROS mahu maklumat kontroversi salah kira undi pemilihan DAP

PUTRAJAYA, ISNIN, 21 Januari, 2013: Ahli-ahli DAP yang mengemukakan aduan berhubung pemilihan parti pada bulan lalu akan dipanggil bagi membolehkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mendapat maklumat tambahan mengenai kontroversi yang melanda parti pembangkang tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ROS berharap ahli DAP berkenaan akan memanjangkan bukti berhubung kontroversi itu untuk tindakan selanjutnya.

"Pihak berkenaan telah menyatakan bahawa mereka mempunyai bukti yang menyokong aduan (berhubung pemilihan DAP), bukti-bukti ini mesti dipanjangkan kepada ROS.

"Kita akan bertemu dengan ahli-ahli DAP ini secepat mungkin, ROS memerlukan maklum balas mereka berhubung apa yang telah dibangkitkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada lebih 250 kakitangan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment