My Add

Tuesday 8 January 2013

Semua ahli CEC DAP dicabar letak jawatan

PULAU PINANG, ISNIN, 07 Januari, 2013: Semua anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang baharu dipilih dicabar meletak jawatan dan mengadakan semula pemilihan jika parti itu benar-benar mengamalkan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT).

Pengerusi Jawatankuasa Perang Saraf Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Dr. Loga Bala Mohan berkata, hanya dengan cara itu dapat mengembalikan semula kepercayaan ahli-ahli DAP terhadap kepimpinan parti itu.

Menurutnya, tiada guna seorang demi seorang pemimpin DAP memberikan pelbagai alasan atau pandangan berhubung kesilapan dalam pengiraan undi pemilihan CEC kerana tidak membawa sebarang makna.

"Selama ini, DAP mendakwa mereka mengamalkan CAT dalam pentadbiran tapi dalam kes ini (silap kira), telah melanggar ketiga-tiga prinsip tersebut.

"DAP perlu memikul tanggungjawab yang mana setiap anggota CEC perlu melepaskan jawatan dan diadakan proses pemilihan yang baharu," katanya yang juga Pengerusi PPP negeri pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment