My Add

Tuesday 8 January 2013

Tuntutan guna kalimah Allah cuba popularkan pluralisme

KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Januari, 2013: Permintaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya kalimah Allah boleh digunakan dalam Bible versi Melayu dilihat sebagai satu usaha untuk mempopularkan fahaman pluralisme.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menegaskan, melalui cara tersebut pihak berkenaan sebenarnya cuba menganjurkan kesamarataan dalam agama walaupun jelas hanya Islam agama di sisi Allah SWT.

Sehubungan itu, beliau berkata, penggunaan kalimah Allah hanya boleh digunakan penganut Islam dan bukannya penganut agama-agama lain.

''Penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama-agama lain terutama dalam konteks negara ini sememangnya amat tidak sesuai.

''Saya juga ingin menjelaskan, fahaman Tuhan adalah sama dalam semua agama seperti yang dianjurkan pluralisme, merupakan satu fahaman yang tidak betul,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment