My Add

Tuesday 1 January 2013

Skim Takaful lindungi pekebun kecil RISDA

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 31 Disember, 2012: Bagi menjamin masa depan pekebun kecil, kerajaan meluluskan satu Skim Takaful Pekebun Kecil Berkelompok RISDA (STPBR) untuk mereka yang masih menerima bantuan tanaman semula RISDA.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, perlindungan berbentuk Takaful Khairat Kematian berkelompok akan memberikan pampasan kewangan sekiranya berlaku kemalangan atau sakit yang mengakibatkan kematian.

"Kita sedar mereka ini terdedah kepada pelbagai risiko kemalangan di kebun getah seperti serangan binatang buas, keadaan fizikal kebun yang curam, jalan yang sempit berliku dan cuaca buruk.

"Maka sebab itulah dianggarkan 85,326 orang pekebun kecil akan dilindungi melalui skim ini dimana mereka merupakan nadi penggerak pembangunan ekonomi negara," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) RISDA dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) berkaitan program pendidikan dan keusahawanan di sini, hari ini. Ketengah diwakili Pengerusinya yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said manakala RISDA diw - UTUSAN

No comments:

Post a Comment