My Add

Tuesday 15 January 2013

SPR adakan taklimat persediaan PRU-13 Zon timur

KUALA TERENGGANU, SELASA, 15 Januari, 2013: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan taklimat kepada lebih 300 pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus pilihan raya Zon timur sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Antara perkara yang disentuh pada taklimat dua hari mulai hari ialah penambahbaikan pengurusan pilihan raya yang disampaikan Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah.

Menurut buku taklimat yang diedar kepada peserta, taklimat pengurusan pengundian secara pos pula disampaikan Pengarah Pilihan Raya negeri Perak Ahmad Adli Abdullah dan taklimat mengenai Sistem Penandaan Undi Pos disampaikan Bahagian Pengurusan Maklumat SPR, Kamaruddin Keling dan Engku Nasmira Raja Omar.

Sesi soal jawab bersama Noordin dan Penasihat Undang-undang, Mohd Azhar Mohd Yusof akan diadakan esok sebelum majlis penutup yang dijadual disempurnakan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Taklimat itu adalah yang pertama dan selepas ini taklimat sama akan diadakan di Zon Selatan, Utara, Sabah dan Sarawak. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment