My Add

Thursday 24 January 2013

Stesen kereta api Alor Setar dipindah ke tempat baru
 ALOR SETAR, KHAMIS, 24 Januari, 2013: Operasi stesen kereta api Alor Setar di Jalan Stesen Keretapi di sini akan diberhentikan mulai jam 12 tengah malam 29 Januari.

Sehubungan itu, semua operasi stesen keretapi itu akan dipindahkan ke stesen kereta api sementara di Jalan Tanjung Bendahara, iaitu berhadapan stesen lama itu, mulai pagi 29 Januari.

Penutupan stesen itu adalah untuk memberi laluan kepada pembinaan projek Landasan Berkembar Eletrik Ipoh-Padang Besar, kata kenyataan MMC Gamuda JV Sdn Bhd, syarikat pemaju projek itu.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan, aduan atau cadangan boleh menghubungi talian bebas 24 jam melalui talian 1-300-80-1999. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment