My Add

Friday 25 January 2013

Usaha promosikan Malaysia berjalan lancar di WEF 2013

DAVOS (Switzerland, KHAMIS, 24 Januari, 2013): Usaha mempromosikan Malaysia kepada lebih 3,000 delegasi global yang menghadiri perhimpunan berprestij di Forum Ekonomi Dunia di pusat peranginan di sini terus giat dijalankan menerusi sepanduk, iklan majalah serta laman sesawang khas.

Promosi secara besar-besaran maklumat media itu bertujuan memaklumkan kepada para pemimpin, warga korporat, malah, media asing mengenai peluang hebat dalam pelaburan dan perniagaan Malaysia dalam ia bergerak ke arah menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.

Satu inisiatif yang benar-benar menarik perhatian ialah iklan setinggi lima tingkat di dinding Sport Hotel dan Congres Hotel, kedua-duanya terletak berdekatan bangunan Kongres, Zentrum, iaitu venue bagi forum WEF berkenaan.

Iklan utama Malaysia yang bertajuk "Endless Possibilities" dengan alamat laman sesawang www.malaysia.my megah terpapar di dalamnya.

Selain daripada itu, terdapat juga iklan mengenai Malaysia di bahagian muka surat hadapan dan belakang majalah perniagaan terkemuka "The Economist" yang diedarkan kepada para delegasi WEF, satu langkah yang dilihat agar elit perniagaan dan politik global menyedari akan banyak kelebihan pelaburan Malaysia.

Satu artikel mengenai pencapaian program transformasi ekonomi (ETP) yang sedang dilaksanakan di Malaysia dan program transformasi kerajaan (GTP) turut menjadi paparan tengah majalah berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang akan menghadiri forum itu atas jemputan Pengerusi WEF, Professor Klaus Schwab, akan berusaha bersungguh-sungguh "memasarkan" Malaysia ke persada dunia.

Ini penting untuk menarik pelaburan asing ke Malaysia di celah-celah ketidaktentuan ekonomi global bagi memastikan ekonomi terus mampan, agenda peningkatan ekonomi dapat diteruskan serta dapat menjana peluang pekerjaan yang amat diperlukan, terutama untuk generasi muda negara.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, akan mengagumkan penggubal keputusan yang Malaysia tidak dapat dinafikan lagi menawarkan peluang perniagaan dan potensi perniagaan menerusi 12 Bidang Ekonomi Utama Negara.

Penyertaan Perdana Menteri di forum itu diaturkan dengan cara yang begitu strategik dan berkaedah bagi memastikan yang Malaysia dipasarkan secara berkesan dan boleh memberikan faedah holistik kepada negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment