My Add

Saturday 26 January 2013

Wujud kesedaran baru rakyat Selangor sokong BN: Muhyiddin

SABAK BERNAM, SABTU, 26 Januari, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata wujud kesedaran baru di kalangan rakyat negeri Selangor berhubung sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) selepas mereka menghadapi masalah di bawah pimpinan kerajaan pembangkang.

Beliau berkata, ini menunjukkan BN mempunyai harapan baik untuk menebus kekalahan pada pilihan raya umum 2008.

Katanya, daripada laporan yang diterima, keseluruhannya sokongan rakyat kepada BN adalah baik.

"Kita dah tahu laporan di peringkat bahagian, Dewan Undangan Negeri (DUN), Parlimen dan daripada pertemuan yang saya buat dengan beberapa pemimpin tempatan dalam majlis-majlis.

"Ada satu kesedaran baru kerana mereka berhadapan dengan masalah di bawah pimpinan pakatan sekarang ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat tertutup UMNO dan parti komponen BN Sabak Bernam dan Sungai Besar di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment