My Add

Thursday, 19 December 2013

Hukuman penjara pesalah sumbang mahram ditambah

GEORGETOWN, RABU, 18 Disember, 2013: Mahkamah Tinggi hari ini menambah tempoh hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Sesyen ke atas bekas anggota polis berpangkat Sarjan yang didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya dua tahun lalu.

Ha,kim Datuk Zamani Abdul Rahim menambah hukuman kepada 18 tahun daripada 12 tahun yang dikena, kan Mahkamah Sesyen pada Mei lalu terhadap Idrus Ayob, 56, setelah beliau membenarkan rayuan pihak pendakwa.

Beliau memerintahkan Idrus menjalani hukuman daripada tarikh jatuh hukum yang ditetapkan Mahkamah Sesyen pada 3 Mei lepas.

Mahkamah Sesyen mengenakan hukuman penjara 12 tahun ke atas Idrus selepas dia didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tiri perempuannya di sebuah rumah di Jalan Air Itam pada 18 November 2011.

Idrus diwakili peguam bela Amirul Fairuzzeen Jamaluddin sementara Melissa Mohd Awal bertindak selaku peguam pemerhati kepada keluarga mangsa.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment