Oleh NUR HANANI AZMAN
KUALA LUMPUR, SELASA, 17 Disember, 2013: Kerajaan Malaysia bersifat terbuka dan menyambut baik rancangan Bank Pembangunan Islam (IDB) untuk membangunkan Pusat Kecemerlangan Islam di Tun Razak Exchange di Greater Kuala Lumpur dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, pusat kecemerlangan itu akan menyediakan khidmat nasihat untuk kewangan dan perbankan Islam serta menjalankan penyelidikan untuk mewujudkan produk-produk Islam baharu.
Katanya, Malaysia mengalu-alukan cadangan IDB untuk membina pejabatnya di Malaysia dan gembira untuk menawarkan lokasi strategik di Tun Razak Exchange. Projek berkenaan akan dibangunkan menerusi usaha sama di antara kerajaan Malaysia dengan IDB.
"Kerajaan sentiasa melihat IDB bukan sahaja sebagai institusi antarabangsa tetapi juga sebagai rakan kongsi dalam menentukan pertumbuhan negara kita," katanya ketika berucap pada Forum Serantau Peringkat Tinggi IDB hari ini.
Turut hadir, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah dan Presiden IDB, Tan Sri Dr. Ahmad Mohamed Ali.
IDB beribu pejabat di Jeddah dan mempunyai empat pejabat serantau iaitu di Rabat (Morocco), Kuala Lumpur, Almaty (Kazakhstan) dan Dakar (Senegal).
Dalam perkembangan yang sama, Mohd. Irwan berkata, pejabat serantau IDB buat masa kini yang di sewa di Kuala Lumpur dalam perancangan untuk ditransformasikan sebagai Pusat Kecemerlangan Islam bagi menyediakan peranan lebih aktif berbanding sebelumnya.
"Peranan ini meliputi sebagai pusat penasihat Islamik untuk perbankan, kewangan dan insurans. Walau bagaimanapun, perancangan ini masih di tahap awal.
"Pihak kami juga akan berbincang dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang memiliki Tun Razak Exchange dan mereka akan bersedia dengan pelan konsep bagi pembinaan pusat kecemerlangan tersebut.
"Penyelidikan yang bakal dibuat di Pusat Kecemerlangan Islam itu nanti akan mengeluarkan produk baharu yang mematuhi syariah bagi industri berkenaan di samping menjadi jambatan bagi mengeratkan hubungan di antara negara-negara Islam lain," katanya. - UTUSAN
![]() |
* TUN Razak Exchange di Greater Kuala Lumpur akan menjadi lokasi Pusat Kecemerlangan Islam oleh IDB. - gambar Hiasan |

No comments:
Post a Comment