My Add

Thursday 1 March 2012

20 projek sehingga 2017

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED dan ABDUL HALIM HADI

KUALA LUMPUR, RABU, 29 Februari, 2012: ASEAN akan meningkatkan jalinan kerjasama dengan tiga rakan dialog iaitu Jepun, Korea dan China bagi memperbaiki kualiti amalan media termasuk menjalankan program pertukaran serta latihan kewartawanan dengan negara-negara berkenaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, untuk itu sebanyak 20 projek telah dipersetujui bagi dilaksanakan menerusi rangka kerjasama untuk tahun ini sehingga 2017.

"Kita telah bincang mengenai projek-projek serta agenda mengenai kerjasama itu. Ia telah diluluskan dan akan diketengahkan dalam Persidangan Menteri-Menteri Penerangan ASEAN (AMRI) esok.

"Ada 20 projek kerjasama termasuk untuk bidang kewartawanan. Bagi tujuan itu, ASEAN akan hantar wartawan untuk menjalani latihan, belajar dan bertukar-tukar pengalaman di tiga negara berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment