My Add

Sunday 4 March 2012

60% Sabah masih dilitupi hutan - Jabatan Perhutanan

SANDAKAN, SABTU, 03 Mac, 2012: Kira-kira 60 peratus daripada muka bumi Sabah masih dilitupi hutan, sekali pun negeri ini menyaksikan perubahan lanskap yang pesat sejak beberapa dekad yang lalu.

Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan berkata, walaupun kerajaan memperkenalkan pertanian bagi mengurangkan penggantungan kepada balak, saiz hutan Sabah tidak banyak terjejas susulan pelaksanaan sistem hutan simpan.

"Kira-kira empat juta hektar muka bumi Sabah masih dilitupi hutan meliputi hutan simpan, taman dan santuari hidupan liar,” katanya ketika menyampaikan taklimat kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang berangkat melawat Pusat Penemuan Hutan Hujan di Sepilok, di sini hari ini.

Katanya, kadar penerokaan hutan bagi tempoh 1970 hingga 2010 adalah 0.5 peratus dengan kemuncaknya sekitar 1990 dan 2000 iaitu ketika tempoh letusan ladang kelapa sawit.

Bagaimanapun katanya, hutan hujan di negeri ini berupaya pulih dengan sebahagian besar aset biologinya kekal utuh serta tiada rekod mengenai kepupusan haiwan setakat ini. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment