My Add

Sunday 4 March 2012

Bakat rakyat Malaysia perlu dicungkil, dimanfaatkan: Rosmah

NEW YORK, AHAD, 04 Mac, 2012: Datin Seri Rosmah Mansor berkata, bakat luar biasa yang dimiliki para pelajar Malaysia, termasuk yang berada di luar negara, perlu dicungkil dan dimanfaatkan kerana mereka murapakan modal insan negara untuk masa akan datang. 

"Malaysia perlu memanfaatkan semua modal insannya untuk menjadi negara maju," kata isteri Perdana Menteri pada satu majlis di Pejabat Wakil Tetap Malaysia ke Bangsa Bersatu di sini, semalam.

Majlis itu dihadiri masyarakat Malaysia, termasuk pelajar yang mengikuti pengajian di sini serta anggota perkhidmatan diplomatik dan rakan rakyat Malaysia, terutama daripada sektor perdagangan, pelaburan dan pelancongan.

Rosmah, yang tiba pada Rabu, adalah dalam rangka lawatan kerja empat hari sempena Persidangan Ke-56 Suruhanjaya Mengenai Status Wanita (CSW) Bangsa Bersatu, yang sedang berlangsung di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment