My Add

Friday 2 March 2012

Beri mereka masa, peluang

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 Mac, 2012: - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berharap orang ramai dapat memberi sedikit masa dan peluang kepada kontraktor kutipan sampah yang baru dilantik berkuat kuasa hari ini, melaksanakan tugas mereka dengan berkesan.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohammad Yacob berkata, sepanjang tempoh awal peralihan itu, mungkin akan berlaku sedikit masalah dan diharapkan orang ramai dapat bersabar dan bersama-sama dengan MPAJ untuk menjadikan pengurusan sampah berjalan dengan baik.

"Kita telah melantik sebanyak 47 kontraktor untuk kerja pembersihan bagi 48 kawasan dan 36 kontraktor kutipan sampah pepejal bagi 36 kawasan.

"Terdapat satu kawasan lagi yang belum dilantik kontraktor pembersihan kerana tender yang diterima tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki, namun ia akan dilantik tidak lama lagi," katanya di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment