My Add

Sunday 4 March 2012

BN Kedah ikrar tawan kerajaan negeri pada PRU13

SUNGAI PETANI, SABTU, 03 Mac, 2012: Barisan Nasional (BN) Kedah hari ini berikrar di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menawan semula kerajaan negeri Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Pengerusi BN negeri Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, BN juga akan memastikan Najib terus menerajui negara dan menawan semula kerusi-kerusi Parlimen yang tewas pada pilihan raya umum 2008.

"Kita yakin akan menawan semula Kedah dan memberi hadiah kepada Datuk Seri Najib serta memastikan beliau terus kekal di Putrajaya untuk memakmurkan negara,” katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Perdana anjuran BN di Padang Awam Taman Ria di sini, malam ini.

Majlis makan itu diadakan sempena Program Pemukiman ADUN-ADUN BN Malaysia di Kedah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment