My Add

Monday 26 March 2012

Ka Siong sedia maafkan penyerangnya di perhimpunan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 Mac, 2012: Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, beliau sedia memaafkan penyerangnya di perhimpunan pendidikan Cina di Kajang, semalam.

"Buatlah apa yang mereka suka. Saya memilih untuk memaafkan mereka. Saya memang sudah sedia berdepan dengan yang terburuk. Saya punya keberanian mendengar kepada mereka, itu saja,” kata beliau.

Ka Siong ditanya pemberita sama ada beliau akan membuat laporan polis berhubung insiden itu. Ketua Pemuda MCA itu berkata, beliau tidak mahu mempolitikkan isu itu.

"Jika saya mahu mempolitikkannya, saya akan buat laporan polis dan sidang akhbar sekali lagi,” kata beliau.

Portal berita melaporkan, Ka Siong telah diusir dari perhimpunan itu oleh Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu (Dong Zong) yang membantah terhadap kekurangan guru sekolah Cina. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment