My Add

Thursday 1 March 2012

Karpal pohon semakan keputusan Mahkamah Rayuan

PUTRAJAYA, KHAMIS, 01 Mac, 2012: Peguam Karpal Singh memohon Mahkamah Rayuan menyemak semula keputusan mahkamah itu yang telah memerintahkannya membela diri atas tuduhan hasutan dan antara alasan yang diberikannya termasuk terdapat coram failure kerana salah seorang hakim dalam panel itu tidak fasih dalam Bahasa Malaysia.

Notis usul itu difailkan olehnya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Dalam afidavitnya yang difailkan bersama-sama dengan notis usul itu, Karpal Singh menyatakan bahawa kemungkinan besar terdapat kegagalan keadilan daripada segi coram failure kerana hakim Datuk Clement Allan Skinner yang berada dalam panel tiga hakim itu tidak fasih dalam Bahasa Malaysia.

"Oleh itu terdapat keraguan berkenaan sama ada ataupun tidak beliau (Hakim Clement) memahami dan bersetuju dengan kandungan penghakiman yang ditulis dan disediakan oleh Hakim Datuk Ahmad Maarop dalam Bahasa Malaysia.

Karpal memohon Mahkamah Rayuan menggunakan “kuasa yang ada padanya” untuk membuat perintah supaya keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan bertarikh 20 Jan lalu disemak dan diketepikan dan rayuan pendakwaan didengar semula oleh koram Mahkamah Rayuan yang lain. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment