My Add

Sunday 4 March 2012

Keluarga miskin di Kelantan berpeluang miliki rumah

BACHOK, SABTU, 03 Mac, 2012: Kira-kira 47,000 keluarga miskin di Kelantan berpeluang memiliki rumah sendiri atau membaik pulih rumah yang hampir roboh sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat memerintah negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Husin berkata, tawaran itu akan dimasukkan dalam manifesto BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Rakyat Kelantan termasuk bukan bumiputera perlu yakin dengan janji itu kerana BN tidak mungkir janji,” katanya kepada pemberita selepas menemui penduduk di Kampung Bekelam di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan sehari ke negeri ini semalam, yang antaranya akan memberi keutamaan untuk membina lebih banyak rumah rakyat di negeri ini sekiranya BN diberi peluang mentadbir Kelantan.

Dalam lawatan ke tiga daerah iaitu Jeli, Pasir Mas dan Kota Bharu, Najib turut memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah bekalan air, ladang rakyat dan infrastruktur. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment