My Add

Sunday 25 March 2012

LKIM baik pulih 1,000 rumah nelayan di Kelantan

BACHOK, AHAD, 35 Mac, 2012: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan sudah mengenal pasti kira-kira 1,000 buah rumah nelayan di empat jajahan yang perlu dibaik pulih bermula awal bulan depan. 

Timbalan Pengarahnya, Mazlan Hamat, berkata ia membabitkan nelayan di Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu dan Tumpat yang memerlukan peruntukan hingga RM10 juta.
"LKIM akan menilai keperluan sesebuah rumah mereka sebelum meluluskan peruntukan minima RM5,000 dan maksima RM10,000," katanya pada majlis perasmian mesyuarat agung Persatuan Nelayan Bachok di Pangkalan Petah di sini, hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Jabatan Pembangunan Persekutuan kawasan Perupuk, Datuk Zaidi Sidek dan disertai lebih 300 nelayan persatuan berkenaan. 

Mazlan berkata, kebanyakan rumah yang mengalami kerosakan teruk pada beberapa bahagian termasuk atap, ruang bumbung, dapur dan bilik tidur akibat angin kencang dari laut China Selatan yang melanda sepanjang musim tengkujuh lalu. 

Katanya, peruntukan itu sebahagian daripada peruntukkan RM100 juta yang diluluskan oleh kerajaan pusat bagi tujuan membaik pulih rumah nelayan miskin di seluruh negara pada pembentangan bajet akhir tahun lalu. 

Sementara itu, Zaidi ketika berucap pada majlis yang sama berkata, kira-kira 200 nelayan yang tinggal di kawasan DUN Perupuk layak menerima bantuan itu berasaskan mereka kini terpaksa tinggal di rumah usang yang hampir roboh dan tidak mampu membaikpulihnya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment