Daftar sebelum Ahad ini mungkin sempat mengundi
28/03/2012 3:07pm
PUTRAJAYA 28 Mac – Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.
"Kalau (pemohon) tidak terlibat dengan bantahan, mereka layak mengundi,” katanya kepadaBernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, demikian apabila diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada suku tahun pertama tahun ini layak untuk mengundi pada PRU-13 sekiranya pilihan raya umum diadakan pada bulan Jun dan ke atas. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment