My Add

Thursday 1 March 2012

Pahang tubuh jawatankuasa penasihat ekonomi negeri

KUANTAN, KHAMIS, 01 Mac, 2012: Satu jawatankuasa penasihat ekonomi bagi kerajaan negeri Pahang akan dibentuk untuk memastikan sektor ekonomi di negeri ini mempunyai tadbir urus yang baik dan berkembang pesat.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob mengumumkan penubuhan jawatankuasa yang dinamakan Majlis Penasihat Kerajaan itu kepada pemberita selepas menutup Konvensyen Ekonomi Negeri Pahang 2012 di sini hari ini.

"Majlis yang akan dianggotai pakar dari pelbagai bidang dan latar belakang itu akan membantu kerajaan negeri dalam memberi nasihat atau pandangan berhubung sesuatu keputusan yang akan diambil bagi memastikan keputusan itu adil dan saksama,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment