My Add

Tuesday, 27 March 2012

Pelakon Gerak Khas dibebas dengan jaminan RM20,000

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, SELASA, 27 Mac, 2012: Pelakon drama bersiri Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Wu Abdullah yang dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir dalam prosiding rayuan di Mahkamah Rayuan, dibebaskan dengan jaminan RM20,000 hari ini sementara menunggu rayuan pendakwa raya, esok.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan pelakon itu dibebaskan dengan seorang penjamin selepas membenarkan permohonannya.

Farid Amirul yang lebih dikenali dengan panggilan “Detektif Lim” ditangkap sepasukan polis di Tambun, Ipoh, Perak pada Jumaat lalu ekoran waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Disember tahun lalu kerana gagal hadir dalam prosiding rayuan pendakwa raya.

Dia ditangkap hasil maklumat orang ramai ketika terlibat membantu krew sebuah produksi menjalani pengambaran di negeri itu. Dia ditempatkan di lokap selama empat hari sebelum dibawa ke mahkamah hari ini.

Pendakwa raya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Farid Amirul daripada hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 atas kesalahan mencuri buku, selepas membenarkan rayuannya pada 24 September 2010. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment