My Add

Tuesday, 27 March 2012

Pembantu rumah Indonesia curi barang kemas majikan

Oleh YATIMIN ABDULLAH

TUMPAT, SELASA, 27 Mac, 2012: Polis sedang mengesan seorang pembantu rumah warganegara Indonesia yang melarikan barang kemas majikannya bernilai RM30,000 dalam kejadian di Kampung Sungai Nyor Palekbang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Supritendan Khalid Munap, berkata pembantu rumah terbabit yang dikenali sebagai Irpaniah, 32, turut melarikan wang tunai RM200 milik majikannya itu.

Menurutnya, ketika hendak keluar bekerja, majikan terbabit bersama isterinya telah meninggalkan pembantu rumah berkenaan bersama ibu dan mertuanya.

"Kira -kira pukul 10 pagi, jiran mangsa telah bertandang ke rumahnya dan mendapati pintu pagar rumah terbuka. Jirannya itu telah masuk dan mendapati ibu serta mertua mangsa sahaja yang berada dalam rumah.

"Curiga dengan keadaan itu, jiranya telah menghubungi mangsa dan memberitahu tentang kejadian tersebut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment