My Add

Friday 2 March 2012

Petugas berbilang kaum diperlukan di barisan hadapan

MELAKA, JUMAAT, 02 Mac, 2012:Agensi kerajaan perlu menempatkan petugas daripada pelbagai kaum di barisan hadapan untuk menyelesaikan masalah rakyat dalam usaha mengatasi masalah komunikasi di kalangan pelanggan yang berurusan dengan agensi berkenaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata, perkara itu telah dicadangkan kepada kabinet.

"Semua agensi kerajaan yang ada kesan secara langsung kepada rakyat seperti Jabatan Kebajikan, Jabatan Pendaftaran dan sebagainya ini harus memiliki pegawai dari pelbagai kaum supaya tidak berlaku masalah komunikasi,” katanya.

Beliau berkata, demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan perjumpaan agensi-agensi kerajaan bersama rakyat di Dewan MBMB Ujung Pasir, di sini, hari ini.

Subramaniam berkata, kebanyakan masyarakat yang datang membuat aduan adalah mereka yang berpendidikan rendah dan isu bahasa sering timbul di samping tidak mengetahui saluran yang betul untuk mengadu. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment