My Add

Sunday 25 March 2012

Projek naik taraf rumah pangsa Sri Bagan siap Oktober ini

BUTTERWORTH, AHAS, 25 Mac, 2012: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata projek menaik taraf rumah pangsa Sri Bagan di sini yang mempunyai 13 blok bangunan setinggi 13 tingkat itu dijangka siap sepenuhnya, Oktober ini. 

Beliau berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) memperuntukkan RM2.2 juta untuk melaksanakan kerja menaik taraf rumah pangsa yang dibina sejak 1993.

"Pembangunan yang dilakukan adalah kerana keprihatinan Kerajaan Pusat dalam menjaga kebajikan rakyat. Keadaan rumah pangsa itu sebelum ini sangat menyedihkan dan apabila ada permohonan daripada penduduk kerajaan mengambil tindakan segera bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program pelaksanaan penyelenggaraan dan gotong royong perdana di kawasan rumah pangsa itu di sini, hari ini. 

Turut hadir Pegawai Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Datuk Nik Ali Mat Yunus. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment