My Add

Sunday 25 March 2012

RM519j disalur bagi program, aktiviti perkasa umat Islam

MELAKA, AHAD, 25 Mac, 2012: Kerajaan memperuntukkan RM519 juta dalam melaksanakan program dan aktiviti memperkasakan umat Islam di seluruh negara pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, peruntukan itu sebagai elaun kepada seramai 33,664 guru Kafa, 14,254 imam dan 3,702 guru Takmir di seluruh negara.

"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan terus memberi komitmen menyalurkan peruntukan kewangan dalam memastikan aktiviti pendidikan dan pengimarahan masjid di negara ini berjalan dengan lancar,” katanya semasa berucap di Multaqa Guru Takmir, Guru Kafa dan Pegawai Syarak peringkat negeri Melaka di Seri Negeri di sini hari ini.

Jamil berkata, peruntukan besar kepada guru dan pegawai syarak berkenaan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih terhadap sumbangan dan pengorbanan dalam menyampaikan hasrat serta dasar kerajaan kepada masyarakat akar umbi.-BERNAMA

No comments:

Post a Comment