My Add

Thursday 1 November 2012

35,000 terlibat pelaburan RM10 bilion

KUALA LUMPUR, RABU, 31 Oktober, 2012: Sebanyak 35,000 pelabur terlibat dengan syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia) membabitkan jumlah pelaburan mencecah hampir RM10 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, angka tersebut berjaya dikesan oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM) berdasarkan siasatan yang dibuat dan hasil siasatan juga mendapati liabiliti syarikat berkenaan melebihi aset.

Selain itu, beliau berkata, BNM terpaksa mengambil masa untuk menyiasat kes tersebut berdasarkan beberapa pertimbangan yang sesuai memandangkan syarikat berkenaan berselindung di sebalik perniagaan emas.

“Ramai yang berpandangan perniagaan ini merupakan satu perniagaan yang betul. Oleh itu BNM terpaksa mengimbangi keadaan ini dengan cara memastikan siasatan tidak boleh dilakukan terlalu cepat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment