My Add

Thursday 1 November 2012

Rumah Projek Perumahan Rakyat RM35,000 sebuah

PUTRAJAYA, RABU, 31 Oktober, 201: Kerajaan bersetuju menjual rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara pada harga RM35,000 sebuah kepada mana-mana individu layak.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Hueng berkata, langkah itu sejajar dengan keputusan Kabinet baru-baru ini yang mahu penjualan rumah PPR memberi lebih banyak kebaikan kepada golongan yang layak.

‘‘Kabinet berpendapat rumah yang dibina di bawah program PPR akan memberi lebih banyak kebaikan kepada rakyat, kita boleh menjual pada harga RM35,000 seunit.

‘‘Ia ada satu paras harga sahaja walaupun kos untuk membina sebuah rumah PPR melebihi RM100,000 dan ditambah pula, lokasinya adalah di kawasan strategik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, di sini hari in - UTUSAN

No comments:

Post a Comment