My Add

Tuesday 13 November 2012

689,000 rumah layak dapat air percuma

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 November, 2012: Kredibiliti kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor semakin tercalar apabila mereka gagal menunaikan janji memberikan air percuma kepada 689,000 buah rumah yang layak.

Menurut Ketua Sekretariat Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Zubir Zainudin, kerajaan negeri tidak dapat mengelak menunaikan janji itu memandangkan saman yang difailkan penduduk juga semakin meningkat sehingga mencecah 6,000.

"Tuntutan berkenaan dijangka dibawa ke mahkamah awal tahun depan, saya yakin keputusan akan memihak kepada rakyat dan mereka tidak dapat lari daripada memberikan hak yang mencecah hampir RM400 juta seperti dijanjikan.

"Perkara ini mudah dan ringkas, rakyat telah menjalankan tanggungjawab mengundi sehingga memberikan kemenangan kepada PKR dalam pilihan raya lalu, jadi mereka patut membalasnya dengan manifesto yang diperjuangkan demi meraih undi itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment