My Add

Tuesday, 13 November 2012

Finalis Anugerah Wanita Ikon laksana kerja amal
 *RATNA Nainy (dua dari kiri) meluangkan masa bersama sebahagian penghuni Rumah Anak Yatim Shifa di Jalan Gombak, Kuala Lumpur, kelmarin.
KUALA LUMPUR , ISNIN,12 November, 2012: Dua finalis Anugerah Wanita Ikon 2011/2012 mengunjungi beberapa rumah kebajikan sebagai tugasan tambahan untuk melayakkan mereka diangkat sebagai Wanita Ikon.

Salah seorang finalis, Adillah A. Nordin hari ini mengunjungi Rumah Amal Anak-anak Yatim Yayasan Pembangunan Insan Nasional (YPIN) di Kampung Sungai Manggis, Banting dekat sini hari ini.

Menurut Adillah, beliau berharap dapat melakukan lebih banyak kerja amal di luar lingkungan kerjayanya sebagai peguam.

"Sekiranya dipilih sebagai Wanita Ikon 2011/2012, saya akan meneruskan usaha kebajikan untuk memperkasakan pendidikan anak-anak di rumah kebajikan dan yang memerlukan bantuan pendidikan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment