My Add

Thursday 1 November 2012

8,000 pesara tentera tidak berpencen terima sumbangan

KUCHING, KHAMIS, 01 November, 2012: Kira-kira 8,000 pesara tentera tidak berpencen di Sarawak dijangka menerima manfaat daripada Sumbangan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M), kata Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia Sarawak, Lt Kol Monday Juhid.

Beliau berkata, bagi melancarkan proses permohonan SVTB1M itu sebanyak 11 pusat sehenti diwujudkan di Sarawak bermula hari ini, sehingga 30 Nov depan.

"Pusat sehenti akan dibuka sehingga 30 Nov depan, sebelum borang yang telah lengkap diisi berserta salinan dokumen yang diperlukan, dihantar ke pejabat JHEV Sarawak untuk diproses," katanya pada sidang media mengenai prosedur perlaksanaan sumbangan SVTB1M di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment