*ANGGOTA Penguat Kuasa JAIS menghalang bekas pengikut Al-Arqam meneruskan majlis sambutan ulang tahun kelahiran Ashaari Muhammad dalam serbuan di Bandar Country Homes, Rawang, malam semalam. |
Oleh AZRAI MOHAMMAD
KUALA LUMPUR 2 Nov. - Pengikut ajaran sesat Al-Arqam mendakwa kumpulan itu kini semakin kukuh setelah menerima bantuan ajaib roh Tuhan bagi mentadbir dunia Islam seperti yang pernah dijanjikan oleh pengasasnya, Ashaari Muhammad sebelum ini.
Perkara tersebut dinyatakan oleh pemimpin mereka ketika berucap pada hari pertama konsert khas selama tiga hari sempena menyambut ulang tahun ke-75 kelahiran Ashaari yang dikenali sebagai Abuya, baru-baru ini.
Menurut sumber, kumpulan itu yang kini dipimpin oleh anak-anak serta balu Abuya meyakinkan pengikutnya bahawa perkara tersebut memang tidak mustahil berlaku. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment