My Add

Thursday 1 November 2012

Bank Rakyat sumbang van jenazah untuk masjid

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 November, 2012: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) memperuntukkan zakat berjumlah RM3.2 juta antaranya bagi menyediakan 41 van jenazah untuk masjid-masjid di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Hari ini sebanyak 20 van jenazah diserahkan kepada 20 masjid di Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan, Johor, Negeri Sembilan dan Perak.

Bank Rakyat turut menyediakan dua van pengangkutan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Mersing dan Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiyah, Pahang.

Majlis penyampaian itu disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di ibu pejabat Bank Rakyat hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment