My Add

Thursday 1 November 2012

Dua rakan karib maut nahas motosikal, kereta di Jeli

Oleh LIAU PEI WEN
JELI, 01 November, 2012: Dua rakan karib dari Kampung Rahmat, Ayer Lanas di sini maut selepas motosikal yang mereka naiki bergesel dengan sebuah kereta di Kilometer 89, Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5.20 petang, mangsa, Mohd. Fakrul Rozie Ismail, 17, dan Mohamad Firdaus Ab. Razak, 15, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Sheik Azhar Sheik Omar berkata, kedua-dua mangsa motosikal Honda EX5 untuk pulang ke rumah mereka di Ayer Lanas selepas bermain futsal di Kampung Gemang di sini.

“Siasatan awal mendapati, motosikal mereka bergesel dengan bahagian belakang sebuah kereta Perodua Kancil berwarna merah yang datang dari arah Gerik menghala ke Tanah Merah.

“Berikutan itu, mangsa terjatuh di atas jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mereka juga didapati tidak memakai topi keledar keselamatan ketika kemalangan berlaku," katanya kepada pemberita malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment