My Add

Wednesday 28 November 2012

Bina kejayaan pendidikan


 *SHAHRIZAT Abdul Jalil (tengah) bersama 32 penerima Anugerah Nadi Negara
sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, SELASA, 27 November, 20122: Kecemerlangan rakyat dalam bidang akademik tidak akan mampu dicapai sekiranya negara ini tidak mempunyai sebuah kerajaan yang stabil seperti hari ini sehingga landskap kondusif untuk akademik dapat diwujudkan.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, biar sebijak mana sekalipun rakyat tetapi jika kerajaan yang ada gagal memastikan ekonomi kukuh, maka prasarana pendidikan tidak akan dapat dibina sehingga menyukarkan generasi muda melanjutkan pengajian seperti yang berlaku di sesetengah negara.

Katanya, dalam masa sama terdapat dua lagi elemen penting iaitu persekitaran di rumah yang menuntut kepada peranan ibu bapa sendiri selain faktor ketiga iaitu sikap pelajar yang perlu mempunyai impian tinggi untuk menjadi insan cemerlang. -  UTUSAN

No comments:

Post a Comment