My Add

Wednesday 28 November 2012

Pas perlu nilai implikasi

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
 KUALA LUMPUR, SELASA, 27 November, 2012: Pas perlu menilai implikasi politik yang bakal diterima jika meneruskan kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana parti itu jelas tidak dihormati sebagai rakan dalam pakatan pembangkang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, perkara itu terserlah dalam beberapa isu yang timbul sebelum ini apabila pandangan Pas hanya dipandang sepi DAP yang sering bersikap dominan.

“Pas juga yang terlalu mengambil kira dan menghormati DAP termasuklah dalam isu hukum hudud serta pemecatan Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.

“Begitu juga dengan isu air yang timbul antara Kedah dan Pulau Pinang apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh terus membidas Pas," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di gerai pameran Ilmu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment